Top Five : Tempat Yang Wajib Korang Kunjungi Bila Bercuti Ke Padang–Bukittinggi
Bila you all sedang rancang percutian ke Sumatera Barat, dua destinasi yang paling popular sudah semestinya Padang dan Bukittinggi. Kedua-duanya menawarkan gabungan view alam yang memukau, budaya Minangkabau yang kaya, makanan yang sedap, serta tempat-tempat yang mempunyai sejarah dan penuh cerita. Jom datang dan rasai sendiri keindahan tempat terkenal di Sumatera Barat ini.
(PDIKM) Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Minangkabau
Tempat lawa yang satu ni terletak di bandar Padang Panjang, dan bangunan ni salah satu tempat paling menarik untuk korang yang nak belajar tentang adat, budaya, dan sejarah Minangkabau. Bangunan ikonik yang dibina menyerupai Rumah Gadang, lengkap dengan ukiran tradisional yang cantik. Dari luar pun dah nampak estetika Minangkabau yang kuat. Taman yang ada depan tu pun cantik sangat, memang sesuai untuk bersantai bila korang berkunjung.
Lembah Harau Payakumbuh
Lembah harau yang terletak di Payakumbuh ni merupakan salah satu destinasi alam paling ikonik dan paling cantik di rantau ini. Ramai pelancong gelarkan tempat ini sebagai “Grand Canyon versi Indonesia” kerana bentuk lembahnya yang dikelilingi tebing batu tinggi dan megah. Tebing-tebing granit di sini boleh mencapai ketinggian hingga 300 meter. Lembah harau ni ada di kawasan kampung tradisional Minang. Udara sejuk, bunyi alam, dan pemandangan sawah padi membuatkan pengunjung rasa sangat damai. Memang keindahan yang natural.
Istana Pagaruyung (simbol Budaya Minangkabau)
Letak bangunan besar khasminangkabau ini ada kat Batusangkar, Sumatera Barat, dan merupakan salah satu bangunan tanda budaya paling terkenal di kawasan Minangkabau. Walaupun bangunan yang ada sekarang merupakan hasil rekonstruksi, reka bentuknya tetap mengikut seni bina asli Rumah Gadang zaman dahulu.
Istana ini dikenali dengan bentuk bumbung bertingkat yang melengkung ke atas, dikenali sebagai gonjong, yang menjadi ciri khas masyarakat Minang. Di dalamnya terdapat berbagai ukiran kayu halus, motif Minangkabau, serta susunan ruang tradisional yang menggambarkan kehidupan adat. Di dalam nye terdapat banyak benda –benda yang bersejarah yang masih di simpan untuk bagi tengok kepada anak-anak untuk bahan belajar kat sekolah.
Jam Gadang Bukittinggi (Ikon Banda yang tak lekang)
Jam Gadang ialah mercu tanda paling terkenal di Bukittinggi dan menjadi simbol kebanggaan masyarakat Minangkabau. Dibina pada tahun 1926, menara jam ini telah melalui beberapa perubahan bentuk bumbung mengikut zaman dari gaya Belanda, Jepun, hingga bentuk gonjong Minangkabau seperti hari ini.
Terletak di tengah Taman Jam Gadang, kawasan ini sentiasa hidup dengan aktiviti pelancong, penjual cenderamata, dan suasana bandar yang meriah. Aktivity yang selalunya ada kat bangunan ini ialah duduk santai, shopping, olahraga, banyak lagi.
Panai Air Manis
Pantai Air Manis terletak di Bandar Padang, Sumatera Barat, dan terkenal dengan legenda Malin Kundang, iaitu kisah anak derhaka yang disumpah menjadi batu. Selain kisahnya yang terkenal, pantai ini juga menawarkan pemandangan yang cantik dan suasana yang menenangkan. Batu dengan kapal malin kundang ni masih terletak tepi pantai tu jer, bila air laut tengah pasang batu tu akan tertutup air. So bila you all nak tengok batu malin kundang musti datang masa air surut.
So bila you all nak bercutikat padang bukittingg boleh cek Pakej Tour kita kat pakejpadangbukittinggi. Temukan berbagai macam pakej yang berbaloi dan dapatkan kepuasan dalam percutian. Bersama BMW 2002 Tour, setiap perjalanan yang korang lalui akan jadi pengalaman yang menyeronokkan.
