4D3N EXOTIC BROMO & IJEN CRATER
1N BROMO, 1N BONDOWOSO, 1N SURABAYA
Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG SURABAYA – BROMO (L/D)
-
Upon arrival di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, anda akan disambut mesra oleh kru kami.
-
Transfer ke kawasan Bromo dan daftar masuk hotel.
-
Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Bermalam di kawasan Bromo.
HARI 02: LAWATAN BROMO – KAWASAN BONDOWOSO/IJEN (B/L/D)
-
Bangun awal pagi sekitar jam 3.00 pagi. Selepas menikmati kopi atau teh panas, mulakan pengembaraan Bromo Tengger Semeru dengan menaiki jip 4WD ke Puncak Penanjakan untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit yang menakjubkan dengan latar Gunung Bromo, Gunung Batok dan Gunung Semeru.
-
Selepas matahari terbit, perjalanan diteruskan merentasi Lautan Pasir menuju ke kawasan kawah Gunung Bromo. Dari kawasan parkir, anda boleh memilih untuk menaiki kuda (perbelanjaan sendiri) atau berjalan kaki selama kira-kira 30 minit, sebelum menaiki sekitar 254 anak tangga untuk sampai ke bibir kawah. Nikmati pemandangan panorama yang memukau dari puncak.
-
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Savannah (Bukit Teletubbies) dan Pasir Berbisik untuk bergambar serta menikmati pemandangan alam semula jadi. Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan berehat sebentar.
-
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak ke kawasan Bondowoso/Ijen dengan perjalanan kira-kira 4 jam.
-
Tiba di destinasi dan daftar masuk hotel.
-
Makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Aktiviti bebas dan bermalam di kawasan Ijen.
HARI 03: TREKKING IJEN – SURABAYA (B/L/D)
-
Bertolak awal pagi ke Paltuding, kawasan pangkalan pendakian, untuk memulakan pengembaraan trekking Ijen dengan jarak pendakian kira-kira 3 km. Laluan pendakian akan membawa anda ke bibir kawah Gunung Ijen, yang terkenal dengan tasik kawah berwarna biru kehijauan dan landskap gunung berapi yang menakjubkan.
-
Sepanjang lawatan, anda juga berpeluang melihat pelombong tempatan membawa bongkah belerang turun dari gunung, memberikan pengalaman yang unik dan sukar dilupakan.
-
Selepas menikmati pemandangan eksotik Gunung Ijen, turun semula ke kawasan pangkalan pendakian dan kembali ke hotel untuk sarapan pagi.
-
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan bertolak pulang ke Surabaya dengan perjalanan kira-kira 6–7 jam. Makan tengah hari akan disediakan di restoran tempatan sepanjang perjalanan.
-
Tiba di Surabaya pada lewat petang dan daftar masuk hotel.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Aktiviti bebas dan bermalam di Surabaya.
HARI 04: SURABAYA – PEMINDAHAN KELUAR (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Aktiviti bebas sehingga tiba masa untuk transfer ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




