Butiran Lawatan
-
DAY 01 : SURABAYA – BROMO (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, anda akan disambut mesra oleh wakil kami.
-
Bertolak terus ke kawasan Gunung Bromo dan daftar masuk hotel.
-
Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Aktiviti bebas dan berehat di hotel.
DAY 02 : BROMO – PRONOJIWO – TUMPAK SEWU (B/L/D)
-
Bangun awal pagi pada jam 2.00 pagi.
-
Mulakan lawatan Bromo Tengger Semeru dengan menaiki jip 4WD ke Puncak Penanjakan untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang menakjubkan serta panorama indah Gunung Bromo.
-
Selepas menikmati matahari terbit, teruskan pengembaraan ke Green Savannah (Bukit Teletubbies) dan Pasir Berbisik.
-
Kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan berehat seketika.
-
Sekitar jam 10.00 pagi, daftar keluar hotel dan teruskan perjalanan ke kawasan Pronojiwo – Tumpak Sewu.
-
Makan tengah hari disediakan di restoran tempatan.
-
Tiba pada lewat petang dan daftar masuk hotel.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Aktiviti bebas dan bermalam di Pronojiwo.
DAY 03 : TUMPAK SEWU WATERFALL – SURABAYA (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Teruskan lawatan sehari penuh ke Air Terjun Tumpak Sewu untuk menerokai salah satu air terjun paling menakjubkan di Indonesia.
-
Selepas selesai lawatan, kembali ke hotel untuk berehat seketika dan daftar keluar.
-
Pada sebelah petang, bertolak kembali ke Surabaya.
-
Dalam perjalanan, singgah di Batu untuk melawat Museum Angkut yang terkenal, sebuah muzium pengangkutan unik yang menampilkan koleksi kenderaan dari seluruh dunia.
-
Makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Tiba di Surabaya dan daftar masuk hotel.
-
Aktiviti bebas dan berehat.
DAY 04 : SURABAYA CITY TOUR – TRANSFER OUT (B/L/)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Teruskan lawatan bandar Surabaya dengan mengunjungi House of Sampoerna, Tugu Pahlawan dan mercu tanda bersejarah lain, bergantung pada kesesuaian masa.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Aktiviti bebas sehingga tiba masa untuk bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat harga dan tempahan, sila hubungi kami.




