3D2N JAKARTA BANDUNG
1N BANDUNG, 1N JAKARTA
Butiran Lawatan
-
HARI 01: KETIBAAN JAKARTA – BANDUNG (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, anda akan disambut oleh petugas kami.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, bertolak ke Bandung melalui lebuh raya atau menaiki Kereta Api Laju Whoosh.
-
Setibanya di Bandung, meneruskan lawatan bandar dengan melalui beberapa mercu tanda terkenal seperti Gedung Merdeka / Gedung Sate, Jalan Asia Afrika, Alun-Alun Bandung dan Jalan Braga.
-
Meneruskan aktiviti membeli-belah di Rumah Kain Sulam dan mengunjungi pusat jualan kilang (Factory Outlet) yang popular seperti Heritage atau Rumah Mode, yang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan fesyen.
-
Makan malam di restoran tempatan sebelum bertolak ke hotel.
-
Daftar masuk hotel di Bandung dan berehat.
HARI 02: BANDUNG – JAKARTA (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Memulakan lawatan dengan mengunjungi The Lodge Maribaya, tarikan pelancongan popular di Lembang yang terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang indah dan lokasi bergambar yang menarik.
-
Meneruskan lawatan ke Lembang Floating Market, tempat anda boleh menikmati pengalaman membeli-belah dan mencuba pelbagai makanan di gerai-gerai terapung.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, meneruskan aktiviti membeli-belah di Pasar Baru Bandung, yang terkenal dengan pelbagai pilihan kain batik, sutera, baju kurung, telekung, kain sarung dan produk makanan tempatan.
-
Seterusnya, mengunjungi Kartika Sari, yang terkenal dengan pelbagai pastri dan kudapan popular dari Bandung.
-
Selepas selesai membeli-belah, bertolak ke Jakarta melalui lebuh raya atau menaiki Kereta Api Laju Whoosh.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel di Jakarta dan berehat.
HARI 03: JAKARTA – BERTOLAK PULANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Mengikuti lawatan bandar Jakarta dengan mengunjungi Monas (Monumen Nasional) dan Masjid Istiqlal untuk sesi bergambar.
-
Meneruskan aktiviti membeli-belah di Mangga Dua atau Thamrin City Mall, kawasan membeli-belah popular di Jakarta.
-
Selepas selesai lawatan, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat harga dan tempahan, sila hubungi kami.




