Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG – PEKANBARU (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima Cenderahati Percuma Selendang Songket.
-
Meneruskan lawatan ke Muzium Sang Nila Utama, muzium kebudayaan Melayu Riau yang mempamerkan pakaian pengantin tradisional, permainan tradisional, alat muzik, artifak dan lain-lain.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Seterusnya, melawat Masjid Raya An-Nur, salah satu mercu tanda paling ikonik di Pekanbaru yang terkenal dengan seni bina yang menakjubkan dan suasana yang tenang.
-
Membeli-belah di Ramayana Pekanbaru, salah satu pusat beli-belah terbesar di Bandar Pekanbaru.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 02: PEKANBARU – KELOK 9 – BUKITTINGGI (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Bukittinggi dengan perjalanan kira-kira 5 jam melalui Tol Bangkinang.
-
Berhenti untuk bergambar di Kelok 9, jambatan mega yang menghubungkan Provinsi Riau dengan Sumatera Barat.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Payakumbuh untuk melawat Lembah Harau. Anda boleh meneroka kawasan ini dengan menaiki bentor (atas perbelanjaan sendiri) sambil menikmati keindahan bukit-bukau Harau.
-
Tiba di Bukittinggi dan makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 03: BUKITTINGGI – LAWATAN MINANGKABAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Meneruskan perjalanan ke Batusangkar melalui Tabek Patah.
-
Melawat industri rumah tempatan, Kiniko, yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi tradisional.
-
Melawat Istana Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Kembali ke Bukittinggi dan membeli-belah pelbagai produk tenunan serta sulaman tradisional, khususnya dari Pandai Sikek di sepanjang Jalan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Kembali ke hotel untuk berehat.
HARI 04: LAWATAN BANDAR – LAWATAN MANINJAU – PADANG (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Lawatan bandar Bukittinggi dengan mengunjungi Taman Panorama dan Lobang Jepang (pemandu pelancong tempatan dengan bayaran tambahan) serta Ngarai Sianok, atau melawat Taman Panorama Baru. (Pilih satu lokasi sahaja.)
-
Meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia, dengan persinggahan untuk bergambar di Puncak Lawang atau melawat Muzium Buya Hamka. (Pilih satu lokasi sahaja.)
-
Melawat Kebun Strawberi yang terletak di tepi jalan di kawasan Kampung Balingka.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Padang.
-
Lawatan bandar Padang dengan mengunjungi Kampung Cina (China Town), Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 05: LAWATAN PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik di pantai (atas perbelanjaan sendiri). Nota: Lawatan ini bergantung pada waktu penerbangan pulang, khususnya bagi penerbangan petang.
-
Melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, salah satu masjid dengan seni bina yang paling indah di dunia.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




