Butiran Lawatan
-
HARI 1: LAPANGAN TERBANG – BUKITTINGGI (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima cenderamata percuma berupa selendang songket.
-
Bertolak ke Bukittinggi melalui Puncak Kiambang yang terkenal dengan deretan kira-kira 1,000 batang pokok kelapa.
-
Singgah di Air Terjun Lembah Anai dan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).
-
Membeli-belah di Minang Kayo Souvenir yang terkenal dengan hasil kraftangan kulit.
-
Makan tengah hari di Restoran Pak Datuak atau restoran tempatan.
-
Membeli-belah hasil tenunan dan sulaman asli dari Pandai Sikek di sepanjang Jalan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Melihat proses pembuatan kuih Bika di Koto Baru, yang juga dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
-
Setibanya di Bukittinggi, makan malam di restoran tempatan.
-
Check in Hotel.
HARI 2: LAWATAN MINANGKABAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Bertolak ke Tabek Patah dan melawat industri rumah tempatan Kiniko yang terkenal dengan pisang salai serta proses pengisaran kopi tradisional.
-
Melawat Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Desa Pariangan, yang dikenali sebagai antara desa tercantik di dunia.
-
Kembali ke Bukittinggi dan meluangkan masa untuk membeli-belah di kawasan Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Kembali ke hotel.
HARI 3: KELOK 9 – LEMBAH HARAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel
-
Bertolak ke bandar Payakumbuh yang terkenal sebagai bandar Batiah.
-
Berhenti untuk bergambar di projek mega Kelok 9 yang menghubungkan Provinsi Sumatera Barat dengan Provinsi Riau.
-
Melawat Lembah Harau. Anda boleh menerokai kawasan ini dengan menaiki bentor atas perbelanjaan sendiri sambil menikmati keindahan bukit-bukau Harau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Lawatan bandar dengan mengunjungi Taman Panorama Lobang Jepang (pemandu tempatan dikenakan bayaran tambahan) dan Ngarai Sianok atau Taman Panorama Baru. Pilih satu lokasi.
-
Menikmati pemandangan matahari terbenam di Balai Kota Bukittinggi, iaitu pejabat wali kota.
-
Makan malam di restoran tempatan.
Hari 4: Lawatan Maninjau – Padang (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia.
-
Melawat Puncak Lawang atau Muzium Buya Hamka. Pilih satu lokasi.
-
Mengunjungi Kampung Lawang untuk melihat proses pembuatan gula Melaka menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, meneruskan perjalanan ke Padang melalui Lembah Anai atau Malalak. Anda juga boleh mencuba Kopi Tatungkuik, kopi tradisional Minangkabau yang unik.
-
Lawatan bandar Padang dengan mengunjungi China Town, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
Hari 5: Padang – Lapangan Terbang (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti rekreasi di pantai dengan perbelanjaan sendiri. Nota: Lawatan ini dilakukan jika penerbangan anda pada waktu petang.
-
Melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




