Butiran Lawatan
-
HARI 1: LAPANGAN TERBANG – PEKANBARU (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima cenderamata percuma berupa selendang songket.
-
Melawat Asia Heritage Pekanbaru, tempat anda boleh merasai suasana empat negara di satu lokasi.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Masa bebas untuk membeli-belah di Ramayana Pekanbaru.
-
Seterusnya, melawat Masjid Raya An-Nur, salah satu mercu tanda terkenal di Pekanbaru yang mempunyai seni bina menarik dan suasana yang tenang.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 2: PEKANBARU – KELOK 9 – BUKITTINGGI (S/M/M)
-
Sarapan pagi di check out hotel
-
Bertolak ke Bukittinggi melalui Lebuh Raya Bangkinang dengan perjalanan kira-kira 5 jam.
-
Berhenti untuk bergambar di Kelok 9, jambatan mega yang menghubungkan Wilayah Riau dengan Sumatera Barat.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Payakumbuh untuk melawat Lembah Harau. Anda boleh meneroka kawasan ini dengan menaiki bentor (perbelanjaan sendiri) sambil menikmati keindahan bukit-bukau Harau.
-
Tiba di Bukittinggi dan makan malam di restoran tempatan.
-
Check in hotel
HARI 3: BUKITTINGGI – PADANG (S/M/M)
-
Sarapan pagi dan Check out hotel
-
Lawatan bandar Bukittinggi dengan mengunjungi Taman Panorama Lobang Jepang (pemandu tempatan dikenakan bayaran tambahan) dan Sianok Canyon atau Taman Panorama Baru (pilih satu lokasi).
-
Menyaksikan proses pembuatan Kuih Lempeng Neraka.
-
Membeli-belah hasil tenunan dan sulaman asli dari Pandai Sikek di sepanjang Jalan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Melawat Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM) di Perkampungan Minangkabau.
-
Membeli-belah di Minang Kayo Souvenir, yang terkenal dengan hasil kraftangan kulit.
-
Singgah di Air Terjun Lembah Anai, yang terletak di sepanjang laluan Padang–Bukittinggi, sambil menikmati udara segar di kawasan alam semula jadi ini.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Check in hotel
HARI 4: PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi dan check out hotel.
-
Lawatan bandar Padang, termasuk China Town, Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti rekreasi di pantai dengan perbelanjaan sendiri. Nota: Lawatan ini tertakluk pada waktu penerbangan petang.
-
Melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




