Butiran Lawatan
-
HARI 1: LAPANGAN TERBANG – BUKITTINGGI (-/L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima cenderahati percuma berupa selendang songket.
-
Bertolak ke Bukittinggi melalui Puncak Kiambang yang terkenal dengan deretan kira-kira 1,000 pokok kelapa.
-
Singgah di Air Terjun Lembah Anai dan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).
-
Membeli-belah cenderamata di Minang Kayo, yang terkenal dengan hasil kraf kulit.
-
Makan tengah hari di Restoran Pak Datuak atau restoran tempatan.
-
Membeli kain tenunan dan sulaman asli dari Pandai Sikek di sepanjang Jalan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Menyaksikan proses pembuatan kuih Bika di Koto Baru, yang turut dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
- Setibanya di Bukittinggi, makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel
HARI 2: LEMBAH HARAU – LAWATAN MINANGKABAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Bertolak ke Payakumbuh untuk melawat Lembah Harau. Anda boleh menerokai kawasan ini dengan menaiki bentor, dengan perbelanjaan sendiri, sambil menikmati keindahan bukit-bukit Harau.
-
Mengunjungi industri rumah tempatan Kiniko yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi secara tradisional.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Melawat Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan untuk mengenali sejarah serta warisan budaya Minangkabau.
-
Kembali ke Bukittinggi dan menikmati masa lapang untuk membeli-belah di sekitar Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Kembali ke hotel.
HARI 3: LAWATAN BANDAR – LAWATAN TASIK MANINJAU – PADANG (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan Check out hotel
-
Mengikuti lawatan bandar Bukittinggi dengan mengunjungi Taman Panorama Lobang Jepang bersama pemandu tempatan tambahan serta Ngarai Sianok. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengunjungi Taman Panorama Baru. Pilih satu lokasi lawatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia.
-
Berhenti untuk bergambar di Puncak Lawang atau melawat Muzium Buya Hamka. Pilih satu lokasi lawatan.
-
Mengunjungi Kampung Lawang untuk menyaksikan proses pembuatan gula melaka secara tradisional menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Padang dan mengikuti lawatan bandar dengan mengunjungi Chinatown, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Check in hotel
HARI 4: PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti pantai yang tersedia dengan perbelanjaan sendiri. Lawatan ini disarankan sekiranya penerbangan anda pada waktu petang.
-
Mengunjungi Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




