Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG BIM – TASIK KEMBAR – NEGERI SERIBU RUMAH GADANG (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima cenderahati percuma berupa selendang Songket.
-
Meneruskan perjalanan ke Padang untuk lawatan bandar dengan mengunjungi Kampung Cina (China Town), Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang.
-
Mengunjungi Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik di pantai atas perbelanjaan sendiri.
-
Mengunjungi Masjid Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, yang terkenal dengan seni bina masjid yang indah dan unik.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Saribu Rumah Gadang melalui laluan indah Sitinjau Lauik, yang terkenal dengan jalan berliku serta pemandangan panorama yang memukau.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk homestay di Saribu Rumah Gadang dan berehat.
HARI 02: SOLOK SELATAN – TASIK SINGKARAK – BATUSANGKAR (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar homestay.
-
Berjalan-jalan di sekitar Kawasan Nagari Saribu Rumah Gadang sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan seni bina tradisional ratusan buah Rumah Gadang Minangkabau. Anda juga berpeluang melihat dengan lebih dekat keunikan rumah tradisional serta kehidupan masyarakat setempat.
-
Seterusnya, mengunjungi Menara Songket, menara tinjau yang ikonik dan menawarkan pemandangan panorama bumbung Rumah Gadang serta kawasan perkampungan di sekitarnya.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Batusangkar melalui Tasik Singkarak, tasik kedua terbesar di Sumatera yang terkenal dengan ikan bilis tempatan.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 03: JELAJAH MINANGKABAU – BUKITTINGGI (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Mengunjungi Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Seterusnya, mengunjungi Industri Rumah Kiniko, yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi secara tradisional.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Bukittinggi dan mengunjungi Kampung Pariangan, yang terkenal sebagai antara kampung tercantik di dunia.
-
Membeli-belah kain tenunan dan sulaman tradisional di Pandai Sikek, di sepanjang laluan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Melihat sendiri proses pembuatan Kuih Bika di Koto Baru, yang dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
-
Setibanya di Bukittinggi, makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 04: JELAJAH BANDAR BUKITTINGGI – JELAJAH MANINJAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Memulakan lawatan bandar dengan mengunjungi Taman Panorama Lubang Jepun (khidmat pemandu pelancong tempatan dengan bayaran tambahan) dan Ngarai Sianok, atau memilih untuk mengunjungi Taman Panorama Baru (pilih satu lokasi sahaja).
-
Bertolak ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia, dengan persinggahan untuk bergambar di Puncak Lawang atau melawat Muzium Buya Hamka (pilih satu lokasi sahaja).
-
Mengunjungi Kampung Lawang untuk melihat proses pembuatan Gula Melaka menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Kembali ke Bukittinggi dan menikmati masa lapang untuk membeli-belah di sekitar Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Kembali ke hotel dan menikmati makan malam di restoran tempatan.
HARI 05: BUKITTINGGI – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




