5D4N JOGJA SOLO
4N Yogyakarta
Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG – VW SAFARI BOROBUDUR (B/L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Yogyakarta, anda akan dijemput oleh wakil kami. Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Bertolak ke Magelang dan meneruskan aktiviti VW Safari, iaitu menjelajah perkampungan indah di sekitar Borobudur dengan menaiki kenderaan Volkswagen klasik. Aktiviti menarik: Melawat pusat penghasilan madu lebah dan tempat pembuatan gula Jawa tradisional.
-
Singgah di kawasan pemandangan Bukit Menoreh untuk bergambar sambil menikmati panorama yang indah.
-
Bertolak ke Yogyakarta. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel. Acara bebas.
HARI 02: KRATON – TAMANSARI – PANTAI PARANGTRITIS – OBELIX SEA VIEW (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Pada pagi ini, nikmati lawatan bandar dengan mengunjungi Kraton Yogyakarta dan Istana Air Tamansari.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan lawatan ke Pantai Parangtritis dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Obelix Sea View.
-
Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Acara bebas.
HARI 03: BANDAR SOLO – ISTANA MANGKUNEGARAN SOLO – HEHA SKY VIEW (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Bertolak ke Bandar Solo, bandar kembar Yogyakarta. Melawat Istana Mangkunegaran Solo.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Melawat Pasar Antik Triwindu. Kembali ke Yogyakarta dan melawat Heha Sky View.
-
Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Acara bebas.
HARI 04: OMAH KECEBONG – BERGAMBAR MEMAKAI PAKAIAN TRADISIONAL JAWA – MEMBELI-BELAH (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Melawat Omah Kecebong, sebuah lokasi desa yang menarik dengan pemandangan sawah padi dan suasana tradisional Jawa. Nikmati keramahan masyarakat Jawa sambil mengenakan pakaian tradisional Jawa untuk sesi bergambar sebagai kenangan pengalaman budaya yang istimewa.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan lawatan membeli-belah ke beberapa destinasi cenderamata popular di Yogyakarta, termasuk batik, barangan perak dan pelbagai snek tempatan yang terkenal.
-
Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel. Acara bebas.
HARI 05: LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




