5 Hari 4 Malam: DUMAI PEKANBARU BUKITTINGGI TOUR
1N PEKABARU, 3N BUKITTINGI
Butiran Lawatan
-
HARI 01: AIRRIVAL – DUMAI CITY TOUR – PEKANBARU (L/D)
- Setibanya di Pelabuhan Dumai, anda akan disambut dengan Hadiah Percuma berupa Selendang Songket, kemudian sesi bertemu dan beramah mesra bersama wakil pelancongan kami.
- Makan tengah hari di restoran tempatan.
- Meneruskan perjalanan ke Pekanbaru melalui jalan tol.
- Melawat Masjid Raya An-Nur Pekanbaru, salah satu mercu tanda ikonik di bandar Pekanbaru.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Daftar masuk hotel.
HARI 02: PEKANBARU – KELOK 9 – BUKITTINGGI (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Bukittinggi dengan perjalanan kira-kira 5 jam melalui Tol Bangkinang.
-
Berhenti untuk bergambar di Kelok 9, jambatan mega yang menghubungkan Provinsi Riau dengan Sumatera Barat.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Payakumbuh untuk melawat Lembah Harau. Anda boleh menerokai kawasan ini dengan menaiki bentor (persendirian) sambil menikmati keindahan bukit-bukau Harau.
-
Tiba di Bukittinggi dan makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 03: MINANGKABAU TOUR (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Meneruskan perjalanan ke Tabek Patah untuk melawat industri rumah tempatan Kiniko, yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi secara tradisional.
-
Melawat Istana Basa Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Kampung Pariangan, yang diiktiraf sebagai antara kampung tercantik di dunia.
-
Kembali ke Bukittinggi. Acara bebas untuk membeli-belah di kawasan Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Makan malam disediakan di restoran tempatan.
HARI 04: CITY TOUR – MANINJAU TOUR – PADANG (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Lawatan sekitar bandar dengan mengunjungi Taman Panorama Lobang Jepang (pemandu tempatan dengan bayaran tambahan) dan Ngarai Sianok, atau melawat Taman Panorama Baru (pilih satu destinasi).
-
Meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia. Berhenti untuk bergambar di Puncak Lawang atau melawat Muzium Buya Hamka (pilih satu destinasi).
-
Melawat Kampung Lawang untuk melihat proses pembuatan gula melaka menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, meneruskan perjalanan ke Padang untuk lawatan sekitar bandar dengan mengunjungi Kawasan Kota Lama (China Town), Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 05: PADANG – AIRPORT (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik di pantai (atas perbelanjaan sendiri). (Nota: Untuk penerbangan pada waktu petang.)
-
Melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




