Butiran Lawatan
-
HARI 1: LAPANGAN TERBANG – LEMBAH HARAU (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima cenderahati percuma berupa selendang songket.
-
Singgah di Air Terjun Lembah Anai yang terletak di sepanjang laluan Padang–Bukittinggi. Nikmati udara segar dan suasana semula jadi di kawasan ini.
-
Meneruskan perjalanan ke Kampung Pariangan, sebuah perkampungan yang terkenal dengan keindahan alam dan warisan tradisionalnya.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Melawat Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan untuk mengenali sejarah serta warisan budaya Minangkabau.
-
Mengunjungi industri rumah tempatan Kiniko yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi secara tradisional.
-
Bertolak ke Payakumbuh dan menikmati makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk di homestay di Lembah Harau.
HARI 2: LEMBAH HARAU – KELOK 9 – LAWATAN BANDAR BUKITTINGGI (B/L/D)
-
Sarapan pagi di homestay.
-
Menerokai keindahan Lembah Harau dengan menaiki bentor, dengan perbelanjaan sendiri, sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang mengagumkan.
-
Daftar keluar homestay.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Jambatan Kelok 9, projek mega yang menghubungkan Provinsi Sumatera Barat dengan Provinsi Riau.
-
Bertolak ke Bukittinggi dan mengikuti lawatan bandar dengan mengunjungi Taman Panorama Lobang Jepang bersama pemandu tempatan tambahan serta Ngarai Sianok. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mengunjungi Taman Panorama Baru. Pilih satu lokasi lawatan.
-
Masa bebas untuk membeli-belah di Pasar Atas dan sekitar Jam Gadang.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel.
HARI 3: LAWATAN TASIK MANINJAU – PADANG (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan Check out hotel
-
Bertolak ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia, yang menawarkan pemandangan sawah teres dengan latar belakang bukit-bukau yang menghijau.
-
Meneruskan perjalanan ke Rumah Buya Hamka, yang sesuai dilawati menggunakan bas sederhana, atau ke Puncak Lawang. Pilih satu lokasi lawatan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Bertolak ke Padang dan singgah di Bika Talago untuk menyaksikan proses pembuatan kuih Bika, yang turut dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
-
Singgah di Istano Minang dan Putri Minang Embroidery.
-
Membeli kain tenunan dan sulaman asli dari Pandai Sikek di sepanjang Jalan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Mengikuti lawatan bandar Padang dengan mengunjungi Chinatown, Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Check in hotel
HARI 4: PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti pantai yang tersedia dengan perbelanjaan sendiri. Lawatan ini disarankan sekiranya penerbangan anda pada waktu petang.
-
Mengunjungi Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




