Tour Details
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG – PARIAMAN – LUBUK BASUNG (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima hadiah percuma berupa skarf Songket sebagai tanda alu-aluan.
-
Meneruskan perjalanan ke Bandar Pariaman untuk lawatan sekitar bandar, termasuk Pantai Gondariah, Tugu Tabuik dan Pantai Sasak.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan sambil menikmati hidangan istimewa Pariaman, iaitu Nasi Sek.
-
Melawat Pulau Angso Duo dan menziarahi makam Syekh Katik Sangko yang sepanjang 7 meter.
-
Bertolak ke Lubuk Basung. Makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 02: LUBUK BASUNG – LAWATAN DANAU MANINJAU – BUKITTINGGI (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar.
-
Meneruskan perjalanan ke kawasan Maninjau melalui Sungai Batang.
-
Melawat Puncak Lawang atau Muzium Buya Hamka. Pilih satu destinasi sahaja.
-
Melawat Kampung Lawang untuk menyaksikan proses pembuatan gula Melaka menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Bukittinggi dan berhenti untuk bergambar di Nagari Sungai Landia.
-
Lawatan sekitar bandar Bukittinggi dengan mengunjungi Taman Panorama Lubang Jepang (pemandu pelancong tempatan dikenakan bayaran tambahan) dan Ngarai Sianok, atau memilih Taman Panorama Baru. Pilih satu destinasi sahaja.
-
Masa bebas untuk membeli-belah di kawasan Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 03: BUKITTINGGI – BATUSANGKAR – PADANG (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar.
-
Bertolak ke Tabek Patah untuk melawat industri desa Kiniko, yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi tradisional.
-
Melawat Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Meneruskan perjalanan ke Padang dengan persinggahan di Danau Singkarak, tasik kedua terbesar di Sumatera, atau Kampung Pariangan, yang dikenali sebagai salah sebuah kampung tercantik di dunia.
-
Setibanya di Padang, lawatan sekitar bandar dengan mengunjungi Kawasan Chinatown, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 04: HOTEL PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti menarik di pantai dengan perbelanjaan sendiri.
Nota: Lawatan ke Pantai Air Manis tertakluk pada jadual penerbangan waktu petang.
-
Melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




