Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG – BUKITTINGGI (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima hadiah percuma berupa skarf Songket sebagai tanda alu-aluan.
-
Bertolak ke Bukittinggi melalui Puncak Kiambang yang terkenal dengan deretan 1,000 batang pokok kelapa.
-
Singgah di Air Terjun Anai dan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).
-
Membeli-belah di Minang Kayo Souvenir yang terkenal dengan hasil kraf kulit.
-
Makan tengah hari di Restoran Pak Datuak atau restoran tempatan.
-
Membeli kain tenunan dan sulaman asli dari Pandai Sikek di sepanjang laluan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Menyaksikan proses pembuatan Kuih Bika di Koto Baru, yang dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
-
Setibanya di Bukittinggi, makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 02: LEMBAH HARAU – LAWATAN MINANGKABAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel, kemudian bertolak ke Payakumbuh untuk melawat Kampoeng Sarosah.
-
Meneroka keindahan Lembah Harau dengan menaiki bentor (atas perbelanjaan sendiri) sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang memukau.
-
Melawat industri desa Kiniko yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi tradisional.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Melawat Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Kembali ke Bukittinggi dan menikmati masa bebas untuk membeli-belah di kawasan Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Kembali ke hotel.
-
Menikmati makan malam romantik dengan suasana cahaya lilin di hotel.
HARI 03: LAWATAN BANDAR – LAWATAN DANAU MANINJAU – PADANG (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar.
-
Lawatan sekitar bandar dengan mengunjungi Taman Panorama Lubang Jepang (pemandu pelancong tempatan dikenakan bayaran tambahan) dan Ngarai Sianok, atau memilih Taman Panorama Baru. Pilih satu destinasi sahaja.
-
Bertolak ke Danau Maninjau melalui Nagari Sungai Landia.
-
Berhenti untuk bergambar di Puncak Lawang atau melawat Muzium Buya Hamka. Pilih satu destinasi sahaja.
-
Melawat Kampung Lawang untuk menyaksikan proses pembuatan gula Melaka menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, meneruskan perjalanan ke Padang untuk lawatan sekitar bandar dengan mengunjungi Kawasan Chinatown, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 04: PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi di hotel, kemudian daftar keluar.
-
Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti menarik di pantai dengan perbelanjaan sendiri.
Nota: Lawatan ke Pantai Air Manis tertakluk pada jadual penerbangan waktu petang.
-
Melawat Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang indah.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat
Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




