4 Hari 3 Malam: EXPLORE SUMATERA BARAT PEKANBARU
2N BUKITTINGI, 1N PEKANBARU
Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG – BUKITTINGGI (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima Cenderamata Percuma Selendang Songket.
-
Bertolak ke Bukittinggi melalui Puncak Kiambang yang terkenal dengan pemandangan 1,000 batang pokok kelapa.
-
Singgah di Air Terjun Anai dan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).
-
Membeli-belah di Minang Kayo Souvenir yang terkenal dengan hasil kraftangan kulit.
-
Makan tengah hari di Restoran Pak Datuak atau restoran tempatan.
-
Membeli-belah kain tenunan dan sulaman asli dari Pandai Sikek, di sepanjang Jalan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Menikmati dan melihat proses pembuatan Kuih Bika di Koto Baru, yang juga dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
-
Setibanya di Bukittinggi, makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 02: LAWATAN MINANGKABAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel.
-
Meneruskan perjalanan ke Tabek Patah dan melawat industri makanan tempatan Kiniko yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi tradisional.
-
Melawat Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Seterusnya, melawat Kampung Pariangan, yang dikenali sebagai salah sebuah kampung tercantik di dunia.
-
Kembali ke Bukittinggi dan masa lapang untuk membeli-belah di sekitar Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Makan malam disediakan di restoran tempatan.
-
Kembali ke hotel dan berehat.
HARI 03: LAWATAN BUKITTINGGI – PEKANBARU (B/L/D)
-
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
-
Mengikuti lawatan sekitar bandar Bukittinggi dengan mengunjungi Taman Panorama dan Lobang Jepang (pemandu pelancong tempatan dengan bayaran tambahan) serta Ngarai Sianok, atau melawat Taman Panorama Baru (pilih satu lokasi sahaja).
-
Meneruskan perjalanan ke Pekanbaru dan berhenti untuk bergambar di Kelok 9, sebuah projek mega yang menghubungkan Provinsi Sumatera Barat dengan Provinsi Riau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke Candi Muara Takus.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 04: PEKANBARU – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar hotel.
-
Melawat Asia Heritage Pekanbaru, Taman Budaya Riau dan Masjid Agung An-Nur Pekanbaru. (Nota: Lawatan ini tertakluk pada waktu penerbangan pulang pada sebelah petang atau malam.)
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




