Butiran Lawatan
-
HARI 01: LAPANGAN TERBANG – BATUSANGKAR (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima cenderahati percuma berupa selendang Songket.
-
Meneruskan perjalanan ke Air Terjun Lembah Anai, yang terletak di sepanjang laluan Padang–Bukittinggi, sambil menikmati udara segar di kawasan alam semula jadi ini.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Selepas makan tengah hari, melawat Kampung Pariangan, yang terkenal sebagai antara kampung tercantik di dunia.
-
Mengunjungi Istana Raja Pagaruyung dan Istana Silinduang Bulan.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 02: BATUSANGKAR – LEMBAH HARAU – BUKITTINGGI (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Mengunjungi industri rumah tempatan Kiniko, yang terkenal dengan pisang salai dan proses pengisaran kopi secara tradisional.
-
Meneruskan perjalanan melalui Payakumbuh untuk mengunjungi Lembah Harau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Bertolak ke Bukittinggi untuk lawatan bandar dengan mengunjungi Taman Panorama Lubang Jepun (khidmat pemandu pelancong tempatan tambahan) dan Ngarai Sianok, atau memilih untuk mengunjungi Taman Panorama Baru (pilihan).
-
Menikmati masa lapang untuk membeli-belah di sekitar Jam Gadang dan Pasar Atas.
-
Makan malam di restoran tempatan.
-
Daftar masuk hotel dan berehat.
HARI 03: JELAJAH MANINJAU (B/L/D)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke Tasik Maninjau melalui Nagari Sungai Landia. Mengunjungi Puncak Lawang atau Muzium Buya Hamka (pilih satu lokasi sahaja).
-
Mengunjungi Kampung Lawang untuk melihat proses pembuatan Gula Melaka menggunakan tenaga kerbau.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Melihat sendiri proses pembuatan Kuih Bika di Koto Baru, yang dikenali sebagai Kuih Lempeng Neraka.
-
Membeli-belah kain tenunan dan sulaman tradisional di Pandai Sikek, di sepanjang laluan Padang Panjang–Bukittinggi.
-
Kembali ke Bukittinggi dan menikmati makan malam di restoran tempatan.
-
Kembali ke hotel dan berehat.
HARI 04: BERTOLAK PULANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




