Pakej 3 Hari 2 Malam: Alahan Panjang dan Padang
1N ALAHAN PANJANG, 1N PADANG
Butiran Lawatan
-
HARI 01: KETIBAAN – ALAHAN PANJANG (L/D)
-
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil pelancongan kami dan menerima hadiah percuma berupa selendang songket sebagai tanda alu-aluan.
-
Meneruskan perjalanan ke Alahan Panjang melalui laluan indah Sitinjau Lauik yang terkenal dengan jalan berliku dan panorama yang memukau.
-
Berhenti untuk bergambar di kawasan kebun teh yang dikelilingi kehijauan ladang teh dan udara pergunungan yang menyegarkan.
-
Makan tengah hari di restoran tempatan.
-
Menerokai Tasik Kembar, iaitu Danau Di Atas dan Danau Di Bawah, destinasi tanah tinggi yang terkenal dengan cuaca nyaman dan pemandangan tasik yang menakjubkan.
-
Daftar masuk hotel.
-
Makan malam disediakan di restoran tempatan.
HARI 2: ALAHAN PANJANG – LAWATAN BANDAR PADANG (B/L/D)
- Sarapan pagi dan check out hotel.
- Mengunjungi Bukit Cambai. Anda boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti gelongsor pelangi (Rainbow Slide), roda ria (Bianglala), buaian kerusi (Chair Swing) dan aktiviti lain. Bayaran aktiviti ditanggung sendiri.
- Meneruskan perjalanan ke Padang untuk lawatan bandar, termasuk kawasan Chinatown, Pelabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan Masjid Al-Hakim.
- Bertolak ke Pantai Air Manis untuk melihat Patung Malin Kundang. Anda juga boleh mencuba aktiviti rekreasi di pantai dengan bayaran sendiri.
- Makan malam di restoran tempatan.
- Check in hotel
HARI 03: LAWATAN PADANG – LAPANGAN TERBANG (B)
-
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
-
Mengunjungi Masjid Raya Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, yang terkenal dengan seni bina masjidnya yang mengagumkan.
-
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
-
Maklumat Tempahan
Untuk maklumat mengenai harga dan cara membuat pesanan, sila hubungi kami.




